23 Ogos 2010 - Sekolah Menengah Teknik Gerik telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia bagi sekolah - sekolah sekitar Gerik. Lebih 500 orang pelajar dan 500 orang ibubapa dari sekolah sekitar gerik ke Majlis ini. Majlis ini telah diadakan di Dewan Terbuka memandangkan Dewan Besar digunakan untuk Peperiksaan Percubaan SPM. Majlis dimulai pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Majlis dimulakan dengan hadiran tetamu terhormat .Majlis penyerahan kepada pelajar telah disempurnakan oleh YB Dato' Hasbullah bin Osman. Selepas majlis penyerahan tersebut penerima Netbook 1 Malaysia ini menjumpa dengan pihak SKMM untuk urusan penyerahan borang akuan peneriman. Seramai 41 orang pelajar telah menerima Netbook 1 Malaysia ini.
Program Easy AddMate Fasa 2
7 Ogos - 8 Ogos 2010 - Sekali lagi Sekolah Menengah Teknik Gerik menganjurkan Program Easy Addmate. Untuk tahun ini adalah program kedua diadakan oleh panitia matematik tambahan. Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 5 dari Sekolah Teknik Gerik dan juga beberapa buah sekolah di Hulu Perak. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk menjawap soalan Kertas Matematik Tambahan semasa SPM dengan baik.
Lawatan BPTV
29 Julai 2010 Sekolah Menengah Teknik telah menerima tetamu dari Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional. Lawatan ini adalah bertujuan membuat pemantau terhadap sekolah dari segi kebersihan . Pihak BPTV menekan program 5S kepada pihak sekolah. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Tuan Pengetua di Makmal Komputer dan ikuti dengan memantau kebilik bilik. Dapatan pemantau diulas selepas itu di bilik tuan pengetua.
Hari Bertemu Pelanggan Bil 2
16 Julai 2010 - Sekolah Menengah Teknik Gerik telah menganjur Hari Bertemu Pelanggan. Aktiviti tahunan ini dibuat bagi membolehkan ibubapa pelajar bertemu dengan guru - guru bagi membincangkan masalah akademik pelajar
Majlis Pelantikan Pengawas Percubaan
12 Jualai 2010 Upacara Pelantikan pengawas percubaan bagi pengawas sekolah, PSS, Akses, Bos dan Asrama telah dijalankan pada hari ini masa perhimpunan hari ini. Kepada pelajar yang berjaya tahniah.