Program Eksplorasi Minda Unit Beruniform
7 Julai 2010 telah diadakan Program Eksplorasi Minda Unit Beruniform yang telah diadakan pada waktu kokurikulum iaitu daripada pukul 2.10 - 4.10 petang. Program ini adalah program tahunan yang sebelum ini dikenali sebagai Jalinan Muhibah NGO dan bagi tahun ini program ini diubah format kepada semua unit beruniform dengan mengubah nama program kepada Program Eksplorasi Minda Unit Beruniform . Diantara pertandingan yang diadakan ialah menghias papan kenyataan, membuat layang - layang , pertandingan ikatan, gajet, origami , mengubah bunga dan pertolongan cemas. Akiviti dianjurkan berjaya menarik minat pelajar, ini terbukti hampir semua pelajar terlibat secara langsung dengan pertandingan dianjurkan. Semoga program ini akan berterusan untuk tahun hadapan.
|