Page 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Pelancaran Kampus Astro
24 Mei 2010 - Sekolah Menengah Teknik Gerik telah menjadi tempat untuk pelancaran Kampus Astro bagi Daerah Hulu Perak. Program ini telah bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Acara dimulakan dengan pelancaran dan diikuti oleh pameran dan permainan untuk para pelajar. Pelajar dari sekolah berdekatan turut hadir untuk memeriahkan lagi Pelancaran. Sebagai tanggungjawan sosial astro telah menyumbangkan langganan astro, TV dan dicoder astro kepada sekolah terpilih. Semoga program ini memberi menafaat kepada pelajar dan warga sekolah.
|
|
Jamuan Hari Guru
17 Mei 2010 - Bagi merayakan Hari Guru ini pada sebelah malam pula telah diadakan Jamuan Hari Guru . Majlis ini telah diadakan di Kelab Kilat TNB Gerik. Majlis bermula seawal 8.00 malam di setiap guru diberikan cendermata semasa pendaftaran. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan guru - guru dijamua dengan chicken chop, nasi goreng dan juga ice-cream dan buah buahan. Acara kemuncak bagi majlis tersebut adalah cabutan bertuah. Majlis tamat pada pukul 9.30 malam.
|
|
Sambutan Hari Guru
17 Mei 2010 Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Majlis Hari Guru ini dimulai seawal pagi lagi 7.30 di bilik Mesyuarat. Guru telah diberikan ceramah tentang Hari Guru. Ceramah telah tamat pada pukul 9 pagi. Majlis Hari Guru dimulakan di dewan Sekolah pada pukul 9.30 pagi dimulai dengan perarakan masuk warga pendidik. Selepas itu Nyanyian Lagu negaraku, Lagu Perak dan juga lagu sekolah. Pembukaan ucapan dimulai dengan wakil pelajar diikuti perutusan daripada KPPM dan Menteri Pendidikan dibaca oleh PK HEM En Kamal Sabri dan juga PK Pentadbiran En. Junit. Selepas Tuan Pengetua telah memberi ucapan dan merasmikan majlis hari guru ini. Untuk tahun ini , hadiah ditaja oleh pihak PIBG kepada semua guru. Guru - guru diberikan Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai RM10 bagi setiap orang. dan bagi pihak pelajar memberi Frames gambar kepada pihak sekolah. Selain pemberian hariah, para guru juga telah dihiburkan dengan persembahan pelajar.Majlis tamat pada pukul 1.00 tengahari.
|
|
Sambutan Bulan Bahasa
5 April 2010 - Sekolah telah melancarkan Program Bulan Bahasa yang julung kali diaadakan . Program ini akan bermula mulai 5 April 2010 sehingga 3 Mei 2010. Majlis Penutup Bulan Bahasa ini dijangka akan dilakukan pada 3 Mei 2010. Banyak aktiviti telah dirancang sempena Sambutan Bulan Bahasa ini. Berikut adalah aktiviti yang telah dirancang.
Buku Skrap - 5/4 - 27/4
Kuiz Bestari - 7/4
Spell It Right - 7/4
Penulisan Esei - 7/4
Nyanyian Puisi - 14/4
Choral Speaking - 14/4
Drama Sebabak - 21/4
Sudut Bacaan Nilam Kelas 5/4 - 27/4
Dengan Tema " Memperkasakan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris" Diharapakan program ini akan dilaksanakan dengan jayanya.
|
|
Mesyuarat Agong PIBG
26 Mac 2010 - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -11 telah diadakan . Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato Haji Hasbullah B. Osman. Majlis ini bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 12.45 engah hari. Majlis ini memboleh diadakan bagi melantik AJK baru dan membahas usul yang di cadangkan oleh ibu bapa. Sesungguh majlis ini menjadi medan untuk ibubapa dan guru berbincang bagi mencapai kecemerlangan pelajar.
|
|
Page 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
|