Buletin Semetrik


Page 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

 
 

Pra Bengkal Easy English 

26 Mac 2010 - Pra Bengkal Easy English telah diberikan kepada pelajar dan Ibubapa. Bengkal ini memberi pengenalan awal bagaimana nak menjadi pelajar cemerlang dan bagaimana pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan mudah. Bengkal penuh Easy English akan diadakah kelak.

 
 

Hari Bertemu Pelanggan 

26 Mac 2010 - Sekolah Menengah Teknik Gerik telah menganjur Hari Bertemu Pelanggan. Aktiviti tahunan ini dibuat bagi membolehkan ibubapa pelajar bertemu dengan guru - guru bagi membincangkan masalah akademik pelajar .

 
 

Temasya Olahraga Tahunan 

11 Mac 2010 - Sekolah Menengah Teknik Gerik telah menganjurkan Termasya Olahraga Tahunan . Aktiviti tahunan ini dijalankan bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan olahraga. Majlis telah dimulakan pada pukul 2.30 petang . Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Osman dan telah dihadiri oleh PPD Daerah Hulu Perak dan Pengetua - pengetua sekolah berhampiran. Majlis ini dimulakan dengan lintas hormat. Majlis telah berakhir pada pukul 6.30 petang . Bagi tahunan ini johan keseluruhan bagi rumah sukan dimenangi oleh rumah Celeron.

 
 

Keputusan SPM 2009 

11 Mac 2010 adalah hari keputusan SPM 2009 diumumkan. Sejak awal pagi lagi pelajar telah memenuhi perkarangan sekolah bagi mengambil keputusan. Sekolah Menengah Teknik Gerik menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan bagi tahun ini dan peningkatan bagi matapelajaran tertentu. Kepada pelajar SPM 2009 Tahniah atas keputusan anda. Semoga Sekolah Menengah Teknik akan terus unggul di dalam bidang akademik.

 
 

Minggu Ujian 1  

Mulai pada daripada 2/3/2010 sehingga 5/3/2010 adalah minggu ujian pertama bagi semua pelajar tingakatan 5 dan tingkatan 4 bagi Sekolah Menengah Teknik Gerik.

Ujian ini telah dijalankan di Dewan Besar bagi pelajar tingkatan 5 dan bagi tingkatan 4 dijalankan di Dewan Terbuka. Langkah ini dibuat bagi membiasakan diri pelajar apabila menjawab peperiksaan awam SPM kelak.

Kepada semua pelajar Semoga berjaya dalam menjawab soalan ujian pertama ini. Semoga ujian ini menjadi pengukur kepada usaha anda dalam pelajaran.

Page 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Hakcipta © 2007 Sekolah Menengah Teknik Gerik. Hakcipta Terpelihara