Buletin Semetrik


Page 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

 
 

Larian Semetrik 

19 Februari 2010 - Sekolah Teknik Gerik mengadakan program larian semetrik. Aktiviti tahunan ini diadakan melibatkan pelajar tingkatan 4 dan tingakatan 5. Para pelajar dikehendaki berlari jarak sejauh 5 km yang bermula daripada sekolah menengah teknik gerik sehingga ke kawasan kediaman TNB. Acara ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.Untuk tahun ini larian Semetrik ini telah dimenangi oleh rumah atlon..

 
 

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4  

2 Februari 2010 - Sekolah Menengah Teknik Gerik telah menerima lebih 90 orang pelajar yang akan mengikuti pengajian dalam kejuruteraan Awam , Kimia dan Elektrik. Majlis ini dirasmi kan oleh YDP PIBG Sekolah Menengah Teknik Gerik. Kepada pelajar baru Tahniah kepada anda semua. Semoga anda dapat membina tradisi kecemerlangan di SEMETRIK.

 
 

Jamuan Staff & Unit HEM 

12 Ogos 2009 - Jamuan Staff & Unit HEM telah diadakan di katin sekolah. Jamuan ini adalah jamuan biasa diadakan bagi mengeratkan pemuafakatan warga di Sekolah Menengah Teknik Gerik. Jamuan ini bermula 10 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

 
 

Pembentang Kajian Tindakan 2009 

25 Julai 2009 - Sekolah Teknik Gerik telah mengadakan pembentangan kajian tindakan 2009. Pembentang kajian tindakan ini dipecah mengikut bidang masing masing. Pembentang kajian tindakan ini dilakukan oleh semua guru didalam bidang masing masing. Hasil pembentang ini banyak idea dan penkongsian ilmu sesama rakan sejawat diperolehi. Semoga aktiviti ini akan diteruskan bagi tahun mendatang.

 
 

Kursus 5 S 

28 Julai 2009 - Sekolah Menengah Teknik Gerik telah mengajurkan kursus 5S bagi kesemua guru . Kursus ini berkonsepkan in house training memandangkan kursus ini disampaikan oleh guru yang telah menghadiri kursus 5S baru - baru ini. Pendedahan kursus 5S terhadap guru adalah penting bagi menyediakan persekitaran kerja yang lebih baik.

Page 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Hakcipta © 2007 Sekolah Menengah Teknik Gerik. Hakcipta Terpelihara